Thursday, August 7, 2008

Duniaku Hari Ini

Ok, hari ini kita berbicara dalam bahasa Melayu pula. Menulis dalam Bahasa Inggeris pun asyik tersalah taip sahaja. Cerita zaman sekolah kita sambung di lain masa ya, rasa macam nak bercerita keaddan hari ini. Yelah, tersangkut kat dalam pejabat ni. Hujan lebat kat luar, tak dapat nak balik rumah.

Setelah beberapa hari udara dan cuaca kat Pasir Gudang ni panas dan berhaba, petang ni dah hujan. Alhamdulillah. Berkat hari Khamis (malam Jumaat).

Berita hangat hari ini tentulah sebutan pertuduhan ke atas Dato' Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) yang bakal bertanding di Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008 ini. (sebenarnyer cerita ini dah hangat untuk lebih sebulan, cuma perbicaraan yang baru bermula). Semua suratkhabar (termasuk luar negara) meletakkan berita ini sebagai muka hadapan. Bagaimana pendapat anda mengenainya? Saya mengambil pendekatan memerhati. Pening kalau fikir keadaan zaman kini. Dari isu global dunia kepada kes politik dlam negara.

Menyebut isu global, sya menanti pengumuman penurunan harga minyak di Malaysia. 3 kali dalam 3 bulan berturut harga minyak jatuh hingga semasa ini harga dilaporkan USD120/barel. Agak terendah dalam sejarah selepas peningkatan yang tinngi sebelum itu. Semoga dengan penurunan harga mampu mengimbangi kembali keadaan ekonomi yang terlalu bergantung kepada pasaran minyak.

Samalah kita berdoa untuk kebaikan sejagat. Amin.. Semoga ALLAh mendengar dan memakbulkan doa2 kita.

No comments: